Tuesday, November 17, 2009

Omong Kosong

Xde ape yang aku nak coretkan kalini, cuma nak tinggalkan sedikit tanda untuk melepaskan kerinduan jer..Rasanya da lama betul aku lupakan ruang ni...Kalau jeling sekalipun x tergerak hati untuk tinggalkan ape2....Nak kata menjauh hati xjugak cuba nak menyepi seketika...Sekarang ni aku memang rasa malas sangat nak menulis, mungkin sebab jiwa aku selalu kacau jer sejak entry terakhir tu...Emm, harap aku dapat hadapi dugaan ni dengan sabar...

Friday, October 23, 2009

jiwa kacau

semalam buat pertama kali dalam idup aku yang buatkan aku rasa tindakan yang aku ambil untuk kawan ngan seseorang menjadi satu kesalahan....

Saat tu mulalah aku fikir kuasa perkataan 'kalau' itu betul2 wujud untuk kegunaan masa suntuk macam tu...

Huh, jiwa kacau sangat...Xpernah aku rasa macam ni selama ni...Ya Tuhan, berikanlah aku petunjuk untuk hadapi dugaan Mu yang bertimpa-timpa ni...

Saturday, May 30, 2009

X Semangat

Minggu ni aku betul2 xsemangat nak buat ape jer sampaikan aku nak kemas barang untuk pindah pun belum settle lagi...Penat, lesu, xsemangat, semua ada...Macam2 yang aku rasa n semua ni buatkan aku jadi hilang mood untuk berkemas untuk pindah.

Esok last day aku kena usahakan jugak untuk angkut semua barang aku ni..Hem boleh ke aku buat semua ni..skarang ada separuh lagi barang2 aku yang masih belum diangkut...Hemmmm, masalah jugak bg aku bila nak pindah ni coz aku risaukan ikan (aku ada bela ikan kat sini) kesayangan aku mati nanti.huhuhu sedeynyer kalau ikan aku tu mati...

Monday, May 25, 2009

Menarik hujung minggu ni

Menarik...Ceritenyer ma aku datang sini coz nak anta si kembar p asasi sains n kejuruteraan kat UiTM.. Ma aku datang dalam 3 ari, semalam da balik laaa...

Hem yang seronoknyer aku dapat makan masakan ma aku..masak gulai kuning...besttttttt bangatttt....Da lama aku xmakan gulai kuning ni, aritu bernasib baik coz kakak ipar aku nak belajar masak ni ngan ma aku..Kiranya tempiasnya jatuh kat aku coz baru la aku ble merasa masakan ma aku ni, da agak lama xmerasa ma aku masak (ma aku pun ada penyakit M besar.hahaha..Ya ampun ma :-p )...



Hem ni la gulai kuning ma aku...Senang je nak buat ni....

Em ini antara lauk makan malam kami kat umah abang aku aritu la..yang masak ni ma aku, kakak aku n kakak ipar aku (Kak Ros) ...Aku lak tolong tengok jer.hahaha...Em lauk lain malam tu yelah udang masak pedas tapi aku malas nak amik gambo coz gulai ni je yang mahal nye.hahaha.....Ok daaa.....

Suka Bangat Gelang-gelang ni

Alkisahnya, aku sejak kecik lagi memang suka barang2 perhiasan diri pompuan ni, dari anting2, gelang tangan sampaila pengikat rambut..tapi yang sedeynyer aku juz suka kumpul jer,pakai xberape nak suka.yelar, nampak cam xsesuai je bila aku pakai sume tu sebab tangan aku besau bagak.hahaha...Gipun kulit aku ni xle tahan ngan besi, nak beli emas xtermampu lak.hahaha...ops termelalut lak...

Ok sebenarnyer aku nak cite pasal gelang tangan yang dijual oleh sorang kakak ni..kakak ni memang suka berniaga, macam2 dia niaga, terbaru gelang la...hem cantik2 sumenyer...aku memang minat la...Dia jual gelang tangan kristal...cantik jugak la design dia...ok bagi sesapa yang nak tau sila la tengok kat bawah ni...





Hem aku memang xbeli la untuk aku tapi aku ada beli satu untuk adik aku.kebetulan besday dia so aku beli la gelang ni, dia memang suka benda2 gini...

Lagi Gambar Sipadan

Entry ni khusus untuk gambar kat sipadan jer...Aku xmo cakap banyak2 la kat sini, so inilah dia....


Inilah sumber air kat Pulau Mabul ni, budak ni baru jer lepas amik air dalam telaga yang ditutup ngan tong hitam tu..



Ni masa nak berangkat ke mabul, sepatutnya yang ni paling atas,
tapi aku da malas nak betulkan, so layannnnnn...


Kat kedai makanan laut di tawau, best jugak makanan kat sini...


Ni antara makanan laut yang kami makan...
kat bawah ni pun sama...


Yang bawah ni sume di Pulau mabul n Sipadan....layannnnn.....

Ni masa p jejalan keliling pulau mabul tempat kitorang tinggal.

Haaa, nilah tempat tinggal kitorang,
kena lalu ikut jambatan yang agak sedih ni tapi syok jugak.heheh




Kanak-kanak kat sana suka main ngan air laut n diorang akan
guna guni yang dimasukkan botol kosong sebagai pelampung...



Kapalai Resort...



Sejenis ikan yang aku pun xtau namanya...
Sila google untuk siapa yang berminat nak tau namanya...

Ni gambar salah seorang guide kat sana..
bestnyer dapat bergambar ngan penyu macam ni




Ni kalau ada yang perasan, kat gambar ni ada dua ekor sea horse..
cute kan sea horse ni



Cuba teka apa ni..Hem ini lah siput (menurut penduduk sana la )
yang dah kua dari cengkerangnya...


Besttttt buat macam ni masa bot tengah bergerak, nyaman sangattttttt...

Friday, May 22, 2009

Entry Terakhir dari Opis Kosmo!

Hem arini aku sengaja buat entry ni dari opis Kosmo! ni sebagai kenangan terakhir aku kat opis ni.hehehe...Yela lenx aku da xkan jejak kaki kat sini lagi..Kalau jejak sekalipun xkan jejak ngan title reporter Kosmo! dah...Title baru yang akan aku bawa kalau jejak pejabat ni kemudian ari, aku belum pasti lagi.Adakah akan jadi salah seorang reporter kumpulan yang satu lagi???hahaha...Em melalut pulak...

Ok, bagi sesapa yang terlebih perasaan ingin taunya, ni la suasana kat dalam opis Kosmo! masa aku tengah buat entry ni...




Masa ni xde orang sangat sebab ramai yang xkeje arini..kalau hari biasa alan sedikit sibuk tapi harini memang lengang sikit...

Hemmm, berbalik mengenai perasaan aku harini, hem sukar untuk aku jelaskan...Rata-rata orang yang aku jumpa harini tanya apa perasaan aku. Sedih ker, sayu ker, n mungkin aku rasa berat hati.Papepun kalau hendak dibandingkan perasaan berat hati tu, aku rasa lebih berat hati masa hendak buat keputusan hantar surat resign dulu...Yang pastinya, sebelum aku bagi tau bos aku, aku amik masa yang lama sebab aku rasa half2 n sangat berat hati..Lepas perbincangan panjang yang kami adakan pun, aku masih berat hati lagi tapi akhirnya aku rasakan keputusan untuk berhenti terbaik untuk aku...

Segalanya telah aku pk n buat masa ni aku memang rasakan ini keputusan terbaik untuk aku sebab ada banyak lagi perkara (rahsia) yang aku perlu buat untuk diri aku. Kalau aku terikat ngan mana2 syarikat, aku rasa sukar sikit untuk buat apa yang aku nak lakukan ini. So, berhenti adalah keputusan aku. Yang pastinya, kalau suatu masa nanti aku terbuka pintu hati untuk memasuki dunia kewartawanan ni lagi, aku mungkin akan kembali, gempak gituuuu.hahaha....
Hem harapnye lepas ini aku akan berjaya dalam bidang baru yang akan aku ceburi (macam gempak jer, padahal keje ngan orang jugak.hahaha) ...

Hem sebenarnye aku masih berhajat nak masukkan gambar masa p sipadan lagi ni tapi nanti la lepas ni...aku akan tambah banyak2 lagi lepas ni...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa...:-)

Friday, May 15, 2009

Sipadan

Ni cerita pasal percutian aku ke sipadan april aritu. Hem kesimpula sepanjang percutian ni memang menyeronokkan. Berbaloi sangat sampai aku nak pergi lagi...Wahhhhh, memang seronokkkkkkkkkkk......

Hem aku p sana selama 6 hari keseluruhannya tapi masuk sipadan sekejap jer la, sepanjang dok sana aku stay kat mabul..Mabul ni kampung jer, penduduk sana pun hidup dengan cara kampung la...Hem kalau nak tau lebih lanjut silalah ke sana....

Owh lupa nak bagitau, aku p snorkeling jer...tapi sebab pulau sipadan n pulau2 sekitar dia sangat cantik memang puas hati..siap aku boley pegang sea horse (hippocampus abdominalis)...menarik laaa..tengok penyu depan2 mata, ikan pari n ikan baracuda (macam ni kot ejaan dia...bantai lah)...

Hem pape pun, ni gambar2 yang sempat aku tangkap untuk koleksi...sayangnya aku xde kamera yang boleh amik dalam air so xde la gambar2 pemandangan yang cantik dalam laut tu...




Ni orang bajau laut yang tempat tinggal dia kat atas bot tengah2 laut sana, diorang juz ke darat hanya bila perlu je, misalnya time nak jual ikan n beli makanan jer..



Align Center
Ha kalau nak tau kat sana pun ada ABC gak tapi lain la sikit, diorang parut ABC ni secara tradisional tapi rasa dia memang umppp mabeles.hahaha


Hem sesuai kan diorang ngan gigi jerung ni.hahaha


Antara kedai cenderahati yang ada kat pulau mabul tu



Budak-budak kat sana memang mesra ngan orang luar...Yang paling menariknya diorang akan cakap hello (loghat mat saleh gitu..) untuk sume orang...



Pemandangan masa matahari terbenam sangat cantik kat sini...



Ni Kapalai resort..cantikkkk sangat kat sini


Ni Kapalai Resort jugak, antara tempat menarik untuk snorkeling








Wednesday, May 13, 2009

Rama-rama yang pilu

Wah, tajuk tu gempak gila..hahaha...Em dah lama gak aku tak peduli nak hapdet ruang ni...em aku banyak benda jer nak cite tapi setiap kali bukak aku rasa macam xde mood nak menulis n mengarang ayat...Masalah biasa la, jiwa kacau.hehehe

Sekarang aku akan cuba rajinkan diri la untuk hapdet...Tapi sebenarnya aku tengah nak naik taraf (hebat bunyinyer.hahaha) blog aku ni...

Kuatnya aku melalut ni, sebenarnya aku tak tahu nak cerita apa kat sini...Nak cerita pasal percutian aku yang dah basi pun macam malas lagi. Nanti lah aku cerita

Hem semalam aku rasa sedey sangat, bukan sedey jugak tapi lebih kepada rasa macam pilu n sayu jer...hem sebabnyer...biarlah aku jer yang tau...tapi apa pun, aku akan sentiasa ingat hari semalam dalam idup aku...12.05.2009....Ikutkan, xmenarik pun tarikh tu, angka dia pun tak cantik mana tapi meninggalkan kesan yang berbeza pada aku...Huhuhu....Kalaulah....perjalanan hidup ni boleh direncanakan dengan setepatnya dan memberi kegembiraan untuk semua orang n kepuasan untuk diri sendiri sekali, alangkah bagusnya...huhuuuuu...Pape pun tahniah untuk seorang teman yang semakin maju ke depan dalam kerjaya dia...dia memang deserve utk dapat semua tu...Gembira sangat dengar berita tu...Pesanan untuk teman aku tu, cayyo' n harap jangan la berubah ke arah yang tak baik lepas ni, kalau ke arah yang baik xpe la. Jadilah siapa kita yang sebenar walau di mana saja berada. Kedudukan tu hanya kat dunia je, di akhirat kedudukan tu semua da tak berguna kalau kita tak laksanakan dengan sebaik mungkin...(Hem sebenarnyer aku tak layak pun nak nasihat dia, siapa la aku) Apa pun tahniah teman :-)

Saturday, April 25, 2009

Hari Yang Panjang

Aku rasa lama sangat nak berakhir harini. Aku memang tunggu harini berakhir cepat, senang sikit ati aku bila dan sampai kul 12 malam sebab aku boleh balik terus dan tenangkan hati aku kat umah. Sekarang aku memang tak rasa tenang langsung. Benci pun ada... Kenapa lah aku kena hadapi semua ni. Tapi apa pun aku sebenarnya dah tak sebingung sebelum ni sebab kegusaran aku dah berakhir. Aku dah buat keputusan muktamad tentang percaturan hidup aku lepas ini. Apa yang bakal berlaku selepas ini aku hanya serahkan kepada yang Esa.

Ya Allah semoga kau berikan aku kekuatan untuk lalui semua dugaanMu


Tapi macam mana pun aku harapkan ia akan berlaku seperti yang aku ingini. Harap ia akan memberikan kebaikan kepada aku dalam meneruskan perjuangan hidup aku dihari mendatang.
Sebenarnya aku dalam dilema sebelum ni sama ada nak berhenti kerja atau meneruskan kerja kat tempat kerja aku sekarang ni tapi semua ni dah jelas sekarang (aku nak berhenti)... :-)

Telingaku Panasss

Aku terdengar tu gelak besar n siap ajak lagi member dia gelak sama. Aku tak tahu apa yang diorang gelakkan tapi entah kenapa tetiba aku rasa macam telinga aku panas jer...Adakah ini menandakan six sense (betul ke ejaan ni, bantaiiiii) aku ni menunjukkan dia gelakkan aku...entah la, tapi aku macam rasa dia gelakkan aku lak...tetiba aku rasa semacam jer...Huhu sedeynyer n malunya kalau betul diorang gelakkan aku...n aku semestinya akan benci dia lepas ni...

Thursday, April 16, 2009

Yeyyy, cuti panjang...

Hem esok aku akan ke sipadan (bercuti panjang)..aku sekarang xtau nak cakap seronok atau tak....sebenarnya setengah dari diri aku rasa sangat seronok, separuh lagi rasa berat ati lak coz nanti sekembalinya aku dari sana, akan ada perubahan besar dalam hidup aku.kiranya percutian ini akan jadi satu percutian untuk memperjelaskan apa hala tuju aku nanti...serius aku rasa berat hati pasal hal ni...pape pun aku akan bagi tau nanti apa halnya dan kenape aku rasa berat hati bila aku dah tetapkan pendirian aku nanti.
Tapi sekarang ini aku hanya mampu cakap aku sekarang jiwa kacau...Kadang rasa macam nak menangis pun ada, entah macam mana nak jelaskan sebab aku rasa apa yang aku miliki sekarang adalah separuh dari diri aku tapi kadang dugaan yang aku terima sangat berat untuk aku tanggung...sapa yang baca ni mesti pening bangat.hahaha...Kalau nak tahu, ayat yang memeningkan ni menggambarkan betapa kacaunya jiwa aku sekarang.huhu nak menangis...




Tapi walau apa pun keputusan aku nanti, harapnya ia adalah langkah terbaik untuk diri aku dan juga orang sekeliling aku. aku taknak melukakan walau sekelumit hati orang disekeliling aku. Betul-betul berharap apa sahaja keputusan aku nanti tidak akan memberikan kesan negatif kepada siapa sahaja.

Jadi, kat sini aku nak sampaikan pesan untuk seorang teman yang aku senang, harap anda akan faham n terima seadanya apa yang akan berlaku nanti. Doakan aku kuat menempuhi segalanya...Hem dia bukannya baca pun blog aku ni, saje tulis untuk tenangkan ati jer...Harap apa pun nanti, ikatan persahabatan yang wujud xkan terjejas...senang bangat dengan kamu :-)

Hem termelalut jauh pula...sebenarnye nak cerita pasal sipadan, tapi apa pun akan diceritakan bila dah sampai sana la...sekarang mood sudah hilang lorrrrr.hehehe




Sunday, April 5, 2009

Cuti cutiii malaysia

Aku tak sabar nak bercuti panjang...mood brcuti aku ni dah sampai dulu dari yang sepatutnya.. sepatutnya aku bercuti tengah bulan ni, tapi sekarang aku dah xde mood nak p kerja n buat segala...


huhu, malas bagai la nak mulakan arini

Memang malas laaaaa....haaaa, tak tau nak buat macam mana, tapi bila kat tempat kerja aku da ok cuma nak bangun pagi n mulakan hari baru ni rasa macam tak semangat. hem, sebab mood cuti ke atau aku memang ada masalah penyakit M da datang ni.hahaha...pape pun, hanya aku jer yang tau (ssshh. skrang da jadi rahsia bersama).hehehe...



hanya kita-kita jer tau

Monday, March 30, 2009

Doc Martin - 702


Sape ada tengok citer ni ari isnin kat chanel 702...Citer ni biasa jer tapi mesej yang dia nak sampaikan buatkan aku sedar hidup ni memang merumitkan...
Tapi apa pun buatkan aku fikir memang betul la, kalau sukakan sesuatu mesti kena buat keputusan cepat, kalau lambat terlepas la jawabnya...Dalam citer tu Joan n John terlepas saat yang sepatutnya diorang boleh kongsi bersama 30 tahun sebelumnya sebab fikirkan orang lain...
Tapi ape pun kalau aku kat tempat diorang aku akan buat macam tu jugak coz memang itu yang dah sebati dalam diri masyarakat kita.kena terima jer ketentuan n x boleh lawan flow dia...
Kalau lawan flow tuh mesti kena kutuk ngan orang kat sekeliling.Macam dalam masyarakat kiter kalau pompuan muda kawin ngan orang tua, mesti berbakul kutukan tu diterima n kalau dia 'tambah bernasib baik' siap boleh kena maki lagi..sebab tuh kalau aku, aku akan elakkan daripada semua tuh berlaku sebab aku bukan seorang yang kuat untuk hadapi semua tuh...Pertama, kena fikirkan ape penerimaaan kuarga, orang terdekat n orang sekeliling yang xde kaitan langsung pun kena pk jugak sebab kalau jadi benda macam ni, semua orang akan kenal, mengalahkan artis la. bukan tuh ajer, yang x de kaitan ni kadang-kadang akan lebey2 nak kutuk kita macam dia kenal lak. Lumrah dunia, semua orang pun nak amik tau n tunjukkan keprihatinan kepada mereka disekeliling walaupun tak dialukan.hahaha

Bukankah hanya satu angka???


Aku suka dua angka ni sejak kecil lagi......
dannnnnn..............

Bagi aku nombor ni membawa maksud tersendiri, tapi xde la sampai taksub ok...Tak taksub pun tapi kalau ape2 yang ada nombor ni milik aku, aku suka sangat...Nak tau maksud nombor ni untuk aku, selain mewakili besday aku, nombor ni jugak bagi aku mewakili perangai aku jugak la kot...hem aku suke nombor tiga sebab aku suka jadi antara yang terawal untuk segala-gala tapi bukan bermaksud suke mencapub, juz antara yang dpan, so tiga adalah nombor paling ideal untuk tu, bukan depan sangat n bukan belakang sangat... lapan plak, untuk 'ong' kot, sebab dia pusing-pusing tempat sama jer n ada naik n turun, sama ngan kehidupan kita...
Motif aku cakap pasal nombor ni??? sebenarnya sebab aku pelik dengan sesetengah orang yang selalu cakap pasal angka ni macam ia sesuatu yang penting sangat. contoh perbezaan umur...ada orang selalu tanya engkau umur berapa n si dia umur berape? perbezaan umur berape...sampai ada orang pk itu semua satu halangan...aku pun naik pening memikirkannya...hem bagi aku tak de masalah semua tu...nombor...nombor...nombor....Hanya satu angka je laa...haihhhh pening memikirkan sesetengah orang ni yang rasa sume ni satu halangan besar...ontah lerrrrr...
macam ayu jer aku pening ni.hahaha...pening2 lalatz...
Hem, walaupun aku membebel pasal angka ni tapi jangan salah anggap plak, aku ngan si dia xde masalah umur ni k, kitorang sebaya, duduk sama rendah n berdiri sama tinggi.(betul ker, rasanyer kalau aku pakai high heel macam tinggi sikit) hahaha...


macam ni kot.haha