Saturday, May 30, 2009

X Semangat

Minggu ni aku betul2 xsemangat nak buat ape jer sampaikan aku nak kemas barang untuk pindah pun belum settle lagi...Penat, lesu, xsemangat, semua ada...Macam2 yang aku rasa n semua ni buatkan aku jadi hilang mood untuk berkemas untuk pindah.

Esok last day aku kena usahakan jugak untuk angkut semua barang aku ni..Hem boleh ke aku buat semua ni..skarang ada separuh lagi barang2 aku yang masih belum diangkut...Hemmmm, masalah jugak bg aku bila nak pindah ni coz aku risaukan ikan (aku ada bela ikan kat sini) kesayangan aku mati nanti.huhuhu sedeynyer kalau ikan aku tu mati...

Monday, May 25, 2009

Menarik hujung minggu ni

Menarik...Ceritenyer ma aku datang sini coz nak anta si kembar p asasi sains n kejuruteraan kat UiTM.. Ma aku datang dalam 3 ari, semalam da balik laaa...

Hem yang seronoknyer aku dapat makan masakan ma aku..masak gulai kuning...besttttttt bangatttt....Da lama aku xmakan gulai kuning ni, aritu bernasib baik coz kakak ipar aku nak belajar masak ni ngan ma aku..Kiranya tempiasnya jatuh kat aku coz baru la aku ble merasa masakan ma aku ni, da agak lama xmerasa ma aku masak (ma aku pun ada penyakit M besar.hahaha..Ya ampun ma :-p )...



Hem ni la gulai kuning ma aku...Senang je nak buat ni....

Em ini antara lauk makan malam kami kat umah abang aku aritu la..yang masak ni ma aku, kakak aku n kakak ipar aku (Kak Ros) ...Aku lak tolong tengok jer.hahaha...Em lauk lain malam tu yelah udang masak pedas tapi aku malas nak amik gambo coz gulai ni je yang mahal nye.hahaha.....Ok daaa.....

Suka Bangat Gelang-gelang ni

Alkisahnya, aku sejak kecik lagi memang suka barang2 perhiasan diri pompuan ni, dari anting2, gelang tangan sampaila pengikat rambut..tapi yang sedeynyer aku juz suka kumpul jer,pakai xberape nak suka.yelar, nampak cam xsesuai je bila aku pakai sume tu sebab tangan aku besau bagak.hahaha...Gipun kulit aku ni xle tahan ngan besi, nak beli emas xtermampu lak.hahaha...ops termelalut lak...

Ok sebenarnyer aku nak cite pasal gelang tangan yang dijual oleh sorang kakak ni..kakak ni memang suka berniaga, macam2 dia niaga, terbaru gelang la...hem cantik2 sumenyer...aku memang minat la...Dia jual gelang tangan kristal...cantik jugak la design dia...ok bagi sesapa yang nak tau sila la tengok kat bawah ni...





Hem aku memang xbeli la untuk aku tapi aku ada beli satu untuk adik aku.kebetulan besday dia so aku beli la gelang ni, dia memang suka benda2 gini...

Lagi Gambar Sipadan

Entry ni khusus untuk gambar kat sipadan jer...Aku xmo cakap banyak2 la kat sini, so inilah dia....


Inilah sumber air kat Pulau Mabul ni, budak ni baru jer lepas amik air dalam telaga yang ditutup ngan tong hitam tu..



Ni masa nak berangkat ke mabul, sepatutnya yang ni paling atas,
tapi aku da malas nak betulkan, so layannnnnn...


Kat kedai makanan laut di tawau, best jugak makanan kat sini...


Ni antara makanan laut yang kami makan...
kat bawah ni pun sama...


Yang bawah ni sume di Pulau mabul n Sipadan....layannnnn.....

Ni masa p jejalan keliling pulau mabul tempat kitorang tinggal.

Haaa, nilah tempat tinggal kitorang,
kena lalu ikut jambatan yang agak sedih ni tapi syok jugak.heheh




Kanak-kanak kat sana suka main ngan air laut n diorang akan
guna guni yang dimasukkan botol kosong sebagai pelampung...



Kapalai Resort...



Sejenis ikan yang aku pun xtau namanya...
Sila google untuk siapa yang berminat nak tau namanya...

Ni gambar salah seorang guide kat sana..
bestnyer dapat bergambar ngan penyu macam ni




Ni kalau ada yang perasan, kat gambar ni ada dua ekor sea horse..
cute kan sea horse ni



Cuba teka apa ni..Hem ini lah siput (menurut penduduk sana la )
yang dah kua dari cengkerangnya...


Besttttt buat macam ni masa bot tengah bergerak, nyaman sangattttttt...

Friday, May 22, 2009

Entry Terakhir dari Opis Kosmo!

Hem arini aku sengaja buat entry ni dari opis Kosmo! ni sebagai kenangan terakhir aku kat opis ni.hehehe...Yela lenx aku da xkan jejak kaki kat sini lagi..Kalau jejak sekalipun xkan jejak ngan title reporter Kosmo! dah...Title baru yang akan aku bawa kalau jejak pejabat ni kemudian ari, aku belum pasti lagi.Adakah akan jadi salah seorang reporter kumpulan yang satu lagi???hahaha...Em melalut pulak...

Ok, bagi sesapa yang terlebih perasaan ingin taunya, ni la suasana kat dalam opis Kosmo! masa aku tengah buat entry ni...




Masa ni xde orang sangat sebab ramai yang xkeje arini..kalau hari biasa alan sedikit sibuk tapi harini memang lengang sikit...

Hemmm, berbalik mengenai perasaan aku harini, hem sukar untuk aku jelaskan...Rata-rata orang yang aku jumpa harini tanya apa perasaan aku. Sedih ker, sayu ker, n mungkin aku rasa berat hati.Papepun kalau hendak dibandingkan perasaan berat hati tu, aku rasa lebih berat hati masa hendak buat keputusan hantar surat resign dulu...Yang pastinya, sebelum aku bagi tau bos aku, aku amik masa yang lama sebab aku rasa half2 n sangat berat hati..Lepas perbincangan panjang yang kami adakan pun, aku masih berat hati lagi tapi akhirnya aku rasakan keputusan untuk berhenti terbaik untuk aku...

Segalanya telah aku pk n buat masa ni aku memang rasakan ini keputusan terbaik untuk aku sebab ada banyak lagi perkara (rahsia) yang aku perlu buat untuk diri aku. Kalau aku terikat ngan mana2 syarikat, aku rasa sukar sikit untuk buat apa yang aku nak lakukan ini. So, berhenti adalah keputusan aku. Yang pastinya, kalau suatu masa nanti aku terbuka pintu hati untuk memasuki dunia kewartawanan ni lagi, aku mungkin akan kembali, gempak gituuuu.hahaha....
Hem harapnye lepas ini aku akan berjaya dalam bidang baru yang akan aku ceburi (macam gempak jer, padahal keje ngan orang jugak.hahaha) ...

Hem sebenarnye aku masih berhajat nak masukkan gambar masa p sipadan lagi ni tapi nanti la lepas ni...aku akan tambah banyak2 lagi lepas ni...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa...:-)

Friday, May 15, 2009

Sipadan

Ni cerita pasal percutian aku ke sipadan april aritu. Hem kesimpula sepanjang percutian ni memang menyeronokkan. Berbaloi sangat sampai aku nak pergi lagi...Wahhhhh, memang seronokkkkkkkkkkk......

Hem aku p sana selama 6 hari keseluruhannya tapi masuk sipadan sekejap jer la, sepanjang dok sana aku stay kat mabul..Mabul ni kampung jer, penduduk sana pun hidup dengan cara kampung la...Hem kalau nak tau lebih lanjut silalah ke sana....

Owh lupa nak bagitau, aku p snorkeling jer...tapi sebab pulau sipadan n pulau2 sekitar dia sangat cantik memang puas hati..siap aku boley pegang sea horse (hippocampus abdominalis)...menarik laaa..tengok penyu depan2 mata, ikan pari n ikan baracuda (macam ni kot ejaan dia...bantai lah)...

Hem pape pun, ni gambar2 yang sempat aku tangkap untuk koleksi...sayangnya aku xde kamera yang boleh amik dalam air so xde la gambar2 pemandangan yang cantik dalam laut tu...




Ni orang bajau laut yang tempat tinggal dia kat atas bot tengah2 laut sana, diorang juz ke darat hanya bila perlu je, misalnya time nak jual ikan n beli makanan jer..



Align Center
Ha kalau nak tau kat sana pun ada ABC gak tapi lain la sikit, diorang parut ABC ni secara tradisional tapi rasa dia memang umppp mabeles.hahaha


Hem sesuai kan diorang ngan gigi jerung ni.hahaha


Antara kedai cenderahati yang ada kat pulau mabul tu



Budak-budak kat sana memang mesra ngan orang luar...Yang paling menariknya diorang akan cakap hello (loghat mat saleh gitu..) untuk sume orang...



Pemandangan masa matahari terbenam sangat cantik kat sini...



Ni Kapalai resort..cantikkkk sangat kat sini


Ni Kapalai Resort jugak, antara tempat menarik untuk snorkeling








Wednesday, May 13, 2009

Rama-rama yang pilu

Wah, tajuk tu gempak gila..hahaha...Em dah lama gak aku tak peduli nak hapdet ruang ni...em aku banyak benda jer nak cite tapi setiap kali bukak aku rasa macam xde mood nak menulis n mengarang ayat...Masalah biasa la, jiwa kacau.hehehe

Sekarang aku akan cuba rajinkan diri la untuk hapdet...Tapi sebenarnya aku tengah nak naik taraf (hebat bunyinyer.hahaha) blog aku ni...

Kuatnya aku melalut ni, sebenarnya aku tak tahu nak cerita apa kat sini...Nak cerita pasal percutian aku yang dah basi pun macam malas lagi. Nanti lah aku cerita

Hem semalam aku rasa sedey sangat, bukan sedey jugak tapi lebih kepada rasa macam pilu n sayu jer...hem sebabnyer...biarlah aku jer yang tau...tapi apa pun, aku akan sentiasa ingat hari semalam dalam idup aku...12.05.2009....Ikutkan, xmenarik pun tarikh tu, angka dia pun tak cantik mana tapi meninggalkan kesan yang berbeza pada aku...Huhuhu....Kalaulah....perjalanan hidup ni boleh direncanakan dengan setepatnya dan memberi kegembiraan untuk semua orang n kepuasan untuk diri sendiri sekali, alangkah bagusnya...huhuuuuu...Pape pun tahniah untuk seorang teman yang semakin maju ke depan dalam kerjaya dia...dia memang deserve utk dapat semua tu...Gembira sangat dengar berita tu...Pesanan untuk teman aku tu, cayyo' n harap jangan la berubah ke arah yang tak baik lepas ni, kalau ke arah yang baik xpe la. Jadilah siapa kita yang sebenar walau di mana saja berada. Kedudukan tu hanya kat dunia je, di akhirat kedudukan tu semua da tak berguna kalau kita tak laksanakan dengan sebaik mungkin...(Hem sebenarnyer aku tak layak pun nak nasihat dia, siapa la aku) Apa pun tahniah teman :-)