Saturday, April 25, 2009

Hari Yang Panjang

Aku rasa lama sangat nak berakhir harini. Aku memang tunggu harini berakhir cepat, senang sikit ati aku bila dan sampai kul 12 malam sebab aku boleh balik terus dan tenangkan hati aku kat umah. Sekarang aku memang tak rasa tenang langsung. Benci pun ada... Kenapa lah aku kena hadapi semua ni. Tapi apa pun aku sebenarnya dah tak sebingung sebelum ni sebab kegusaran aku dah berakhir. Aku dah buat keputusan muktamad tentang percaturan hidup aku lepas ini. Apa yang bakal berlaku selepas ini aku hanya serahkan kepada yang Esa.

Ya Allah semoga kau berikan aku kekuatan untuk lalui semua dugaanMu


Tapi macam mana pun aku harapkan ia akan berlaku seperti yang aku ingini. Harap ia akan memberikan kebaikan kepada aku dalam meneruskan perjuangan hidup aku dihari mendatang.
Sebenarnya aku dalam dilema sebelum ni sama ada nak berhenti kerja atau meneruskan kerja kat tempat kerja aku sekarang ni tapi semua ni dah jelas sekarang (aku nak berhenti)... :-)

Telingaku Panasss

Aku terdengar tu gelak besar n siap ajak lagi member dia gelak sama. Aku tak tahu apa yang diorang gelakkan tapi entah kenapa tetiba aku rasa macam telinga aku panas jer...Adakah ini menandakan six sense (betul ke ejaan ni, bantaiiiii) aku ni menunjukkan dia gelakkan aku...entah la, tapi aku macam rasa dia gelakkan aku lak...tetiba aku rasa semacam jer...Huhu sedeynyer n malunya kalau betul diorang gelakkan aku...n aku semestinya akan benci dia lepas ni...

Thursday, April 16, 2009

Yeyyy, cuti panjang...

Hem esok aku akan ke sipadan (bercuti panjang)..aku sekarang xtau nak cakap seronok atau tak....sebenarnya setengah dari diri aku rasa sangat seronok, separuh lagi rasa berat ati lak coz nanti sekembalinya aku dari sana, akan ada perubahan besar dalam hidup aku.kiranya percutian ini akan jadi satu percutian untuk memperjelaskan apa hala tuju aku nanti...serius aku rasa berat hati pasal hal ni...pape pun aku akan bagi tau nanti apa halnya dan kenape aku rasa berat hati bila aku dah tetapkan pendirian aku nanti.
Tapi sekarang ini aku hanya mampu cakap aku sekarang jiwa kacau...Kadang rasa macam nak menangis pun ada, entah macam mana nak jelaskan sebab aku rasa apa yang aku miliki sekarang adalah separuh dari diri aku tapi kadang dugaan yang aku terima sangat berat untuk aku tanggung...sapa yang baca ni mesti pening bangat.hahaha...Kalau nak tahu, ayat yang memeningkan ni menggambarkan betapa kacaunya jiwa aku sekarang.huhu nak menangis...




Tapi walau apa pun keputusan aku nanti, harapnya ia adalah langkah terbaik untuk diri aku dan juga orang sekeliling aku. aku taknak melukakan walau sekelumit hati orang disekeliling aku. Betul-betul berharap apa sahaja keputusan aku nanti tidak akan memberikan kesan negatif kepada siapa sahaja.

Jadi, kat sini aku nak sampaikan pesan untuk seorang teman yang aku senang, harap anda akan faham n terima seadanya apa yang akan berlaku nanti. Doakan aku kuat menempuhi segalanya...Hem dia bukannya baca pun blog aku ni, saje tulis untuk tenangkan ati jer...Harap apa pun nanti, ikatan persahabatan yang wujud xkan terjejas...senang bangat dengan kamu :-)

Hem termelalut jauh pula...sebenarnye nak cerita pasal sipadan, tapi apa pun akan diceritakan bila dah sampai sana la...sekarang mood sudah hilang lorrrrr.hehehe




Sunday, April 5, 2009

Cuti cutiii malaysia

Aku tak sabar nak bercuti panjang...mood brcuti aku ni dah sampai dulu dari yang sepatutnya.. sepatutnya aku bercuti tengah bulan ni, tapi sekarang aku dah xde mood nak p kerja n buat segala...


huhu, malas bagai la nak mulakan arini

Memang malas laaaaa....haaaa, tak tau nak buat macam mana, tapi bila kat tempat kerja aku da ok cuma nak bangun pagi n mulakan hari baru ni rasa macam tak semangat. hem, sebab mood cuti ke atau aku memang ada masalah penyakit M da datang ni.hahaha...pape pun, hanya aku jer yang tau (ssshh. skrang da jadi rahsia bersama).hehehe...



hanya kita-kita jer tau